Thursday, November 20, 2014
Saya Baik ke Jahat? .__.
Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum wbt. Esuk hari terakhir persekolahan di sekolah saya, hampir tamat saya sebagai pelajar tingkatan 3. Saya asyik rasa bersalah, tapi dalam masa yang sama saya buat perkara yang betul. Saya selalu nasihatkan kawan saya, tapi diri saya ni siapa nak nasihat? Macam bajet2 alim je saya tegur orang lain tapi diri sendiri tak tegur. Saya tak ada niat macam itu. Saya tak adalah pengetahuan yang tinggi, sekolah pun bukan sekolah agama, Bahasa Arab? Sekolah saya tak ambil, jadi saya tak mahir sangat. Usrah? Jarang sebab kurang kemudahan.
Saya bukan nak letak kan alasan pada agama, kalau boleh, saya nak saja ada masa yang banyak untuk semua tu. Kita merancang, Allah yang menentukan. Jangan lah kita duduk berdiam diri, bergoyang kaki dan redha apa yang akan timpa pada kita mahupun ringan atau berat. Tetapi sebalik nya, kita hendak lah usaha untuk mencari sesuatu perkara yang diredhai Allah.
Kita semua perlulah menegakkan yang Hak! Nak buat apa malu? Dapat dosa ke? Takut dipulau oleh orang ramai? Jangan lah risau, Allah dah aturkan di mana rezeki kamu di kedudukan yang sangat terbaikkk. :) In sha Allah, sabar.
Wednesday, November 19, 2014
Kawan..
Kadang kala saya rasa tak selesa dengan kawan2 saya. Mereka negatif? Tidak sesama sekali. Cuma mereka lalai dengan duniawi. Mereka baik. Tapi entah lah, kebelakangan ni mereka dah terbiasa berkata kasar. Mereka tak sosial, mungkin sebab kawan2 mereka bergaul selain kami ataupun silap kami. Biasanya mereka bila dengan saya, mereka akan guna 'awak/saya/kita/kamu/nama panggilan" , saya akan rasa terkejut bila ada orang guna 'kau/aku' selain lelaki. Mungkin sebab tak biasa. Mereka dah pandai berkata kasar, kadang2 saya tak selesa sampaikan saya suka berdiam dan menjauhkan diri dari mereka.
Saya ada kawan, saya melatih dia menutup aurat terutamanya lengan. Saya akan cubit dia bila saya nampak aurat dia, hehehe kejam ke? :3 Hmm.. saya cuba untuk menolong mereka, walaupun kesihatan saya tak diutamakan. Bagi saya, masa yang kita ada kita gunakan lah dengan amalan kebaikan, supaya pemergian kita penuh dengan kebaikan, in sha Allah.
Kawan saya seorang ini dia degil dan banyak sangat alasan, ya Allah, setiap saya nasihat kan dia suka mengelak, kalau dengar pon kejap lagi buat balik, hmm hehe saya tak akan mengalah menolong mereka. In sha Allah.
Kawan seterusnya ada 3 orang, ya Allah. emotional mengalahkan gajah sedang mengamuk. Mereka bertiga ni kena jaga hati mereka sangat teliti. Silap sikit fuhhhh~. Masya Allah.
Haha, tapi mereka tetap dengar apa saya nasihat atau kata2. Biasalah , Syaitan tak akan berhenti menghasut~ :) Nauzubillah min zalik.
Saya ada kawan, saya melatih dia menutup aurat terutamanya lengan. Saya akan cubit dia bila saya nampak aurat dia, hehehe kejam ke? :3 Hmm.. saya cuba untuk menolong mereka, walaupun kesihatan saya tak diutamakan. Bagi saya, masa yang kita ada kita gunakan lah dengan amalan kebaikan, supaya pemergian kita penuh dengan kebaikan, in sha Allah.
Kawan saya seorang ini dia degil dan banyak sangat alasan, ya Allah, setiap saya nasihat kan dia suka mengelak, kalau dengar pon kejap lagi buat balik, hmm hehe saya tak akan mengalah menolong mereka. In sha Allah.
Kawan seterusnya ada 3 orang, ya Allah. emotional mengalahkan gajah sedang mengamuk. Mereka bertiga ni kena jaga hati mereka sangat teliti. Silap sikit fuhhhh~. Masya Allah.
Haha, tapi mereka tetap dengar apa saya nasihat atau kata2. Biasalah , Syaitan tak akan berhenti menghasut~ :) Nauzubillah min zalik.
Tuesday, November 18, 2014
Hadiah~
^_^ Tadaaaa inilah diaaaa. Hadiah yang sangat bermakna dari orang! :)
Saya selalu bawak bersama saya, sebab ia sangat bermakna dan mengingat kan saya sesuatu iaitu jangan lah kita seperti patung yang berdiam diri tidak buat apa2, apabila orang paksa buat baru nak buat tapi seperti tidak ikhlas kerana diri penuh dengan alasan!
Haha tak faham? Macam mana ya nak terang, contohlah patut kan duduk diam tak buat apa2, bila orang gerakkan patung tu sendiri baru patung tu gerak tapi akan berhenti bila orang itu berhenti menggerakkan patung tersebut :) Hehe, maaf, saya tak dapat nak describe dengan lebih jelas dan faham.
Hadiah ini saya sentiasa pegang kerana ada lagi cerita disebalik hadiah ini. Sshhhh hehe.
Monday, November 17, 2014
Infiru Khifafan Wa Tsiqalan..
"Barang siapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barang siapa hari ini dia sama seperti semalam maka dia di kalangan yang rugi." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
#Dan ingat lah bahawa tiada istillah "Saya sudah cukup baik". ^_^
#Dan ingat lah bahawa tiada istillah "Saya sudah cukup baik". ^_^
Saturday, November 15, 2014
Kesabaran Mereka Sangat Kuat!
Masya Allah, baru2 ini Masjid Al-Aqsa di kawal ketat oleh tentera haram Israel. Ya Allah, Engkau tabahkanlah saudara ku yang berada diluar sana menghadapi ujian mereka.
Saya sangat terharu melihat anak2 kecil palestine mendapat kemudahan dari orang ramai. MasyaAllah, walaupun ramai antara mereka kehilangan keluarga yang mereka sayang, mereka tetap tabah dan masih tersenyum kerana mereka tahu ada yang terbaik disimpan oleh Allah untuk mereka. Pasti! Amiinn!
Saya sangat terharu melihat anak2 kecil palestine mendapat kemudahan dari orang ramai. MasyaAllah, walaupun ramai antara mereka kehilangan keluarga yang mereka sayang, mereka tetap tabah dan masih tersenyum kerana mereka tahu ada yang terbaik disimpan oleh Allah untuk mereka. Pasti! Amiinn!
Sahabat Yang Memahami, Hanif (Anep).
Hanif biasa dipanggil sebagai Anep. Saya kenal dia pun dari game,. Anep walaupun dia lelaki, dia amat memahami saya, dia sekarang legend dalam game yang kami main itu. Saya tak tahu rupa dia macam mana, dia sangat misteri yang boleh membuatkan orang ingin tahu tentang dia. Saya tak tahu tentang dia sangat, tapi saya sentiasa ingat hari lahir dia sebab hari lahir Anep sama dengan hari _____ haha rahsia la.
Ni gambar masa Anep dengan saya race, tapi susah nak kalah kan legend ni.
Nampak tak 'RILEKS_CREW' tu? Itulah team saya sekarang. Yang diketuai oleh Anep. Team dulu f.m ialah Riviera yang diketuai oleh safarina. Dia perempuan, ceceh ingat perempuan tak hebat main game lelaki? Masa ni Anep tengah bodek jangan leave team hahaha. :3
Mendengar tips dari Anep hahaha, ini lah karenah kami berdua~ Macam adik beradik kan?
Anep dia sangat bertanggungjawab, dia baik sangat dan peramah, bila saya cerita masalah saya nanti dia bagi nasihat.Banyak gelaran kami gunakan sesama sendiri, contohnya:
Gelaran Anep: Anepah, Selipar, Hanifah, Hanif, Ustaz Anep dll.
Gelaran saya: Teh, peah, peah arugaminian apatah, Ustazah Tehah dll.
Seronok bila berkawan dengan dia, Friendly, dalam banyak2 kawan yang saya ada, saya rasa dia yang dapat pegang tanggungjawab sebagai sahabat. Kami selalu cakap pasal agama. sebab tu ada gelaran Ustaz dan Ustazah. Sampaikan kawan2 saya anggap kami sepasang kekasih, Ya Allah, tak ada lah sampai macam tu. Suka ada lah jugak , tapi tu dulu. Sekarang saya anggap dia sahabat sahaja. Dia? Tak tahu~.
Anep sangat gentleman, selama saya kenal dia, saya tak pernah tengok dia mencarut. :) harap direaliti juga. in Sya Allah. Amiinn.
Friday, November 14, 2014
Infiru
Assalamualaikum, apa itu 'Infiru Khifafan Wa Tsiqalan'? Ia bermaksud berangkatlah kamu sama ada ringan mahupun berat. Saya suka sangat dengan dengan perkataan 'infiru' iaitu berangkatlah. Dalam al-Quran ada juga tentang infiru dalam surah At-Taubah ayat 41: "Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihad lah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
Kenapa walaupun senang Allah tetap suruh kita berangkat? Sebab semasa senang ni lah kita mudah hendak melupakan Allah kerana fikiran dah tertumpu pada dunia. Jadi kita kena berangkat dan berjaga2 dalam kehidupan. Syaitan tak akan pernah berhenti menghasut kita. Kita kena kuat dan tabah menghadapi ujian yang Allah berikan kepada kita, Jangan sesekali ingat bahawa diri kita ini sudah cukup baik. Infiru Khifafan Wa Tsiqalan ini ialah motto hidup Abu Ayub Al-Ansari ra. Salah seorang sahabat akrab Rasulullah, masya Allah. Saya kagum dengan Abu Ayyub Al-Ansari, walaupun umurnya hampir mencecah 80+ tahun Abu Ayyub Al-Ansari tetap memperjuangkan Islam dalam misi membebas dan menawan kota konstatinopel yang akan jatuh pada tangan Raja yang dikatakan oleh Rasulullah.
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Alhamdulillah, 800 tahun lebih selepas peristiwa Abu Ayub dan tentera Yazid yang gagal menawan Kota Konstatinopel akhirnya kota tersebut telah ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Nama konstatinopel telah diubah kepada Islam Bul yang bermaksud Kota Islam ( Nama kini ialah Istanbul).
Infiru Khifafan Wa Tsiqalan. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)