Friday, November 14, 2014

Infiru


Assalamualaikum, apa itu 'Infiru Khifafan Wa Tsiqalan'? Ia bermaksud berangkatlah kamu sama ada ringan mahupun berat. Saya suka sangat dengan dengan perkataan 'infiru' iaitu berangkatlah. Dalam al-Quran ada juga tentang infiru dalam surah At-Taubah ayat 41: "Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihad lah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

Kenapa walaupun senang Allah tetap suruh kita berangkat? Sebab semasa senang ni lah kita mudah hendak melupakan Allah kerana fikiran dah tertumpu pada dunia. Jadi kita kena berangkat dan berjaga2 dalam kehidupan. Syaitan tak akan pernah berhenti menghasut kita. Kita kena kuat dan tabah menghadapi ujian yang Allah berikan kepada kita, Jangan sesekali ingat bahawa diri kita ini sudah cukup baik. Infiru Khifafan Wa Tsiqalan ini ialah motto hidup Abu Ayub Al-Ansari ra. Salah seorang sahabat akrab Rasulullah, masya Allah. Saya kagum dengan Abu Ayyub Al-Ansari, walaupun umurnya hampir mencecah 80+ tahun Abu Ayyub Al-Ansari tetap memperjuangkan Islam dalam misi membebas dan menawan kota konstatinopel yang akan jatuh pada tangan Raja yang dikatakan oleh Rasulullah.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Alhamdulillah, 800 tahun lebih selepas peristiwa Abu Ayub dan tentera Yazid yang gagal menawan Kota Konstatinopel akhirnya kota tersebut telah ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Nama konstatinopel telah diubah kepada Islam Bul yang bermaksud Kota Islam ( Nama kini ialah Istanbul). 

Infiru Khifafan Wa Tsiqalan. :)

No comments:

Post a Comment